BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 16 June 2009

Salam Taaruf

Assalamualaikum wbt..

Untuk permulaannya, eloklah benar kiranya kami memperkenalkan diri terlebih dahulu. Moga2 silaturrahim yang telah dan akan terbina akan kekal selamanya atas dasar iman dan islam insyaAllah.

YAQZAN


Nama diberi Mohd Yaqzan Bin Mohd Arsad. Dilahirkan pada 20 0gos 1986.

Berasal dari Kg MERU, Klang. (skrg ni dah jadi pekan, tak lama dah tu nak upgrade jadi bandar plak..hehehehe)

Pendidikan awal di Sek Keb Sg. BINJAI (SKSB) dan SRA Meru.

Menengah rendah (F1-F3) di Sekolah Agama Menengah HISAMUDDIN SG.BERTIH Klang tahun 1999-2001

Seterusnya berpindah ke ke KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, Klang pada tahun 2002-2003. (Alamak, part ni malu sket la..saya biasa2 je orangnya..ada orang kata saya ni produk gagal KISAS..afwan KISASians)

Selepas persediaan 2 tahun di INTEC UiTM tahun 2004-2006, kini sedang menuntut di bumi kristal Prague, Czech Republic dalam bidang perubatan.


FIRYAL

Nama diberi Firyal Harlina binti Hussain. Dilahirkan pada 29 Oktober 1987.

Menetap di Sungai Isap Damai, Kuantan, Pahang.

Mula bersekolah di Sek Ren Keb SULTAN ABDULLAH, Kuantan dari 1994-1998.

Meneruskan pelajaran di Sek Men Keb ABDUL RAHMAN TALIB dari 1999-2001. (sekolah yang dikenali sbg SMART di Kuantan).

Kemudian, bermulalah saya belajar luar dari negeri Pahang iaitu Maktab Rendah Sains Mara JASIN,Melaka dari 2002-2003. ( Sekarang dikenali sebagai MRSM Tun Ghafar Baba)

Sempat menimba ilmu sebentar di Kolej Matrikulasi Pahang selama sebulan dalam bidang sains hayat.

Meneruskan kembara ilmu di KOLEJ YAYASAN UEM, Lembah Beringin, Selangor tahun 2004-2006.

Kini menuntut dalam bidang perubatan di Charles University, Prague, Czech Republic, bumi kristal yang indah.







0 comments: