BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 24 June 2009

Contact Kami


Assalamualaikum wbt..semoga semuanya berada di bawah lindungan-Nya, ini ringkasan maklumat dan contact number kami..

AKAD NIKAH

Di Masjid Bukit Rangin, Kuantan, Pahang
25 Julai 2009 , Sabtu , 10.00 pagi

MAJLIS PENGANTIN PEREMPUAN

Di No 1 Lrg 35, Sungai Isap Damai, 25150 Kuantan, Pahang
25 Julai 2009 , Sabtu , 12.00-4.00 petang
019-480 6295 (Firyal) dan 019-450 6295 (Yaqzan)

MAJLIS PENGANTIN LELAKI

Di Lot 1819 Jalan Limau Meru, 42200 Kapar Klang, Selangor
2 Ogos 2009 , Ahad , pagi-petang
019-450 6295 (Yaqzan) dan 019-480 6295 (Firyal)

Minta perhatian: Abaikan nombor handphone Yaqzan di dalam kad jemputan kami. Sila contact kami di nombor2 di atas ni. =)

Kehadiran sahabat2 sekalian sangat dialu2kan. Semoga sama2 dapat hadir untuk memeriahkan majlis kami. =)


Friday 19 June 2009

Jemputan


Assalamualaikum wbt,
sampailah sudah masanya untuk kami menjemput sahabat2 kenalan kami,tak kira di dalam negara mahupun di luar negara dan juga sahabat2 seperjuangan di alam persekolahan ke majlis perkahwinan kami. =)

Yaqzan dan Firyal

Akad Nikah 25 Julai 2009 (Sabtu) 10 pagi
Majlis Pengantin Perempuan 25 Julai 2009 (Sabtu) 12-4 ptg
Majlis Pengantin Lelaki 2 Ogos 2009 (Ahad) pagi-petang


Kad Perkahwinan kami




Buat sahabat2 Firyal,





Buat sahabat2 Yaqzan,




Tuesday 16 June 2009

Yang Maha Sempurna



Allah SWT Maha Pencipta, Maha Sempurna. Sempurnanya Allah sungguh luas, begitu juga dengan segala ciptaanNya tak terkecuali manusia.

وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا
“Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu
iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.” (al-Furqan:2)

Bilamana berlabuhnya tirai malam, pasti akan terbitnya siang. Matahari silih berganti bersama bulan memainkan peranannya. Panasnya 'summer' nanti akan ada sejuknya 'winter', indahnya musim bunga akan luruh jua di waktu 'autumn'. MasyaALLAH, indahnya dan tersusun rapi aturan ciptaan Allah yang Maha Sempurna.

Hidup pasti akan mati walaupun kebanyakan membencinya, pasang berkawan dengan surut, hitam pula berlawan dengan putih, LELAKI dan PEREMPUAN bagaimana pula?? jawab jgn tak jawab..... =)

Lumrah dan fitrah manusia yang berkeinginan untuk berkeluarga adalah salah satu tanda kesempurnaan ciptaan dan aturan alam oleh Allah. DIA mengharamkan zina, lalu memberikan alternatif perkahwinan. Perkahwinan adalah pengikat cinta di gerbang redhaNya. Sungguh, Allah SWT Maha Adil atas segalanya.


Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya diciptakanNya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikanNya kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda kebesaranNya bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Rum:21)

Cinta dan kasih sayang bukanlah sekadar kurniaan nikmat di dunia malah ia adalah umpama satu seruan untuk kita bercinta sampai ke syurga.....

Salam Taaruf

Assalamualaikum wbt..

Untuk permulaannya, eloklah benar kiranya kami memperkenalkan diri terlebih dahulu. Moga2 silaturrahim yang telah dan akan terbina akan kekal selamanya atas dasar iman dan islam insyaAllah.

YAQZAN


Nama diberi Mohd Yaqzan Bin Mohd Arsad. Dilahirkan pada 20 0gos 1986.

Berasal dari Kg MERU, Klang. (skrg ni dah jadi pekan, tak lama dah tu nak upgrade jadi bandar plak..hehehehe)

Pendidikan awal di Sek Keb Sg. BINJAI (SKSB) dan SRA Meru.

Menengah rendah (F1-F3) di Sekolah Agama Menengah HISAMUDDIN SG.BERTIH Klang tahun 1999-2001

Seterusnya berpindah ke ke KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, Klang pada tahun 2002-2003. (Alamak, part ni malu sket la..saya biasa2 je orangnya..ada orang kata saya ni produk gagal KISAS..afwan KISASians)

Selepas persediaan 2 tahun di INTEC UiTM tahun 2004-2006, kini sedang menuntut di bumi kristal Prague, Czech Republic dalam bidang perubatan.


FIRYAL

Nama diberi Firyal Harlina binti Hussain. Dilahirkan pada 29 Oktober 1987.

Menetap di Sungai Isap Damai, Kuantan, Pahang.

Mula bersekolah di Sek Ren Keb SULTAN ABDULLAH, Kuantan dari 1994-1998.

Meneruskan pelajaran di Sek Men Keb ABDUL RAHMAN TALIB dari 1999-2001. (sekolah yang dikenali sbg SMART di Kuantan).

Kemudian, bermulalah saya belajar luar dari negeri Pahang iaitu Maktab Rendah Sains Mara JASIN,Melaka dari 2002-2003. ( Sekarang dikenali sebagai MRSM Tun Ghafar Baba)

Sempat menimba ilmu sebentar di Kolej Matrikulasi Pahang selama sebulan dalam bidang sains hayat.

Meneruskan kembara ilmu di KOLEJ YAYASAN UEM, Lembah Beringin, Selangor tahun 2004-2006.

Kini menuntut dalam bidang perubatan di Charles University, Prague, Czech Republic, bumi kristal yang indah.